klik disini

Wednesday 21 December 2011

Hanya Yang Mengalami Akan Memahami

Hanya Yang Mengalami Akan Memahami

Salam… hello… Hi kawan2….
Apa khabar.. Harap semua baik2 belaka..

Agak lama blog Nini menyepi…
Tak ada idea nak diceritakan… Tapi hari ni terasa jari ni nak menari-nari atas keyboard nak share satu benda…
Jeng jeng jeng… hehe…

Berbalik pada tajuk entry kali ni, hanya orang yang pernah mengalami situasi seperti Nini akan memahami perasaan Nini ne…

Kekadang Nini akan post status yang mungkin bagi sesetengah orang lain mengjengkilkan la, poyo la… Tapi bagi sesetengah yang mengalami, mereka akan faham…


Contohnya :
 Situasi pertama

FB: Yeay!!!! Text message delivered!!!!  Suka sangat

Maybe dalam hati orang lain cakap “ eleh, message delivered pun nak kecoh, hepi..Macam tak pernah hantar n delivered”

Ye, memang happy sangat bila text message delivered. Nak tau kenapa??
Sebab kami jarang ber’message’….Kekadang dalam sebulan tu tak dapat network coverage lansung… apa yang kita hantar semuanya akan pending… Tapi once text message delivered, kami tau dia dah selamat sampai destinasi… Rasa lega sangat… nak message pun mahal..RM2/msg… Kalau dapat satu pun cukup lega hati ni…



Situasi kedua

FB: Alaaaaaa…..missed call… Huwaaaaaa!!! T_T sedih sangat2 tak dapat angkat call dari si dia

Korang mesti cakap “ poyo betul la dia ni.. tak angkat call pun nak sedih2 nangis2… Macam la tak boleh dengar suara dah”

Ye, memang sedih sangat2 kalau terlepas angkat call.. Terasa macam nak putar balik masa tu… Seperti yang Nini cakapkan tadi, kami jarang ber’message’ dan jarang caling2… Sedih tu Allah saja yang tau.. Setia tunggu kot2 si dia call lagi.. Bawa handphone pergi mana2.. Dalam toilet pun sanggup bawa…. Kalau si dia tak call balik, seminggu tu rasa macam menyesal sangat kenapa la tinggal handphone jauh2.. L



Situasi ketiga

FB : Received a call from +3221473875001… Happy sangat walaupun hanya 10 minit bercakap.. Terubat dihati ni..

Kadang2 mesti korang cakap “ orang lain dapat jugak call dari boyfriend/tunang/hubby, tapi tak la kecoh sampai macam ni… Saja la tu nak tunjuk-tunjuk”

Ye, memang happy sangat dapat dengar suara si dia.. Bayangkan 2 minggu or kadang2 sampai sebulan dua bulan, tiga bulan tak dengar lansung… rasa excited tu wajib ada..
Taktala telefon berdering dan naik no telefon lain dari yang lain rasa macam nak melompat-lompat saja… nak tekan button answer jari dah terketar-ketar…
Tambah la lagi nak jawab suara ni dah tergagap-gagap tak tau nak cakap apa.. Terasa sangat la surprise!!!! Cakap macam orang gila.. Tersenyum lebar sampai ke telinga… Indahnya dunia waktu tu..



Situasi ke empat

FB: Tak sabarnya nak pergi airport.. Nak jemput orang tersayang.. Nak pakai baju apa eh.. Nervous sangat2!!!

Korang maybe akan cakap “ apa la.. nak pergi, pergi je la… Nak nervous2 kenapa pulak.. Bukannya apa pun..”

Korang semua mungkin tak tau, masa macam ni dinantikan setelah berbulan-bulan setia menunggu si dia pulang…
Perasaan super excited, super happy, super nervous semuanya bercampur aduk.. ofcourse kita nak kelihatan cantik dan berseri masa jumpa tu..
Dalam pikiran asyik bimbang je kot2 la ada benda yang serba tak kena.. Dulu Nini ingat lagi masa pergi jemput dia kat airport, perasaan nervous tu memang sangat2 la tinggi..
Setengah jam before flight arrive, setiap 5 minit masuk toilet. Tengok baju ok ke tak.. Make up comot ke tak.. kekadang bila tak ada orang dalam toilet, berlatih senyum depan cermin toilet.. hahaha.. Memamg kelakar kan waktu tu..
Bila dia call cakap dah turn dari flight, tunggu kat mana2 hati ni dah gelabah yang teramat sangat… Duduk kat sofa macam tak senang duduk..Ke kira, ke kanan… Pokok tepi sofa tu jadi mangsa.. Ditarik-tarik daun tu.. Tak pandang belakang lansung.. Cuma pandang pintu ketibaan je.. straight and focus!!!
Bila dah Nampak kelibat dia dari jauh, hati dupdap2 kencang sangat… Dari jauh dah Nampak dia senyum..Tapi Nini jual mahal..Tak nak senyum.. Rasa malu sangat.. Blushing pipi ni…
Masuk dalam kereta, masing2 diam… Tak tau nak cakap apa.. Speechless… apa yang ada dalam kepala otak ni semua nya hilang… Banyak cerita yang nak diceritakan dah tak ada..
Dalam hati Cuma nak cakap “ long time no see.. Happy sangat u dah balik.. I miss you sooo much”

# touching sangat waktu ni
Bye dear friends…
wasalam


Monday 5 December 2011

Bon Voyage MT Bunga Begonia

Bon Voyage MT Bunga Begonia

Salam…
Fuhhh…fuhhhhh….bersawang blog Nini ni….
Dah lama sangat tak hapdet… Kekadang rasa malas sangat n kekadang agak bizi…
Bizi kerrrrrr??????????? Huhuhu….

Bila dah baca entry pun mayb kawan dah tau nak cerita pasal apa…
Mesti korang dah terbayang n terfikir mesti boyfriend si Nini ni dah sailing…

YES!! Memang dah sailed pun…Rasa dekat 2 minggu pun..

Haisshhhh….. Baru 2 minggu.. Macam mana nak tunggu sampai 6-8 bulan ni???

Kali ni boyfriend Nini naik kapal B class… MT Bunga Begonia…
So bila cakap pasal kapal B class, sesiapa yang boyfriend,tunang hubby or seafarer sendiri yang kerja dengan MISC chemical fleet mesti tau route kapal ni pergi mana..
OFKOS la jauhhhhhhhh…. T_T



Previous vessel naik A class so route kapal tak la jauh sangat… Setakat Far East – Middle East je… Tak masuk Europe or USA pun..
Tapi kapal kali ni jalan jauh… Pusing USA and maybe masuk area Brazil, Argentina or Korea kot…. Ntah la biar la kapal tu nak jalan mana pun..Sobsob..



Bila jalan jauh,ofkos la nak dapat network coverage pun sangat la lama kan… Sebulan baru Nampak darat.. tu pun maybe line sempuuttt je…
Sabar je la…
Nak harapkan dia selalu reply text pun macam tak syok sebab mahal.. Sekali hantar dah RM2… so, kalau dia buat miscalled pun cukup terubat hati ni..
Hahaha.. Jiwang sungguh… Tapi betul la.. walaupun dapat misscalled je pun rasa puas sangat.. atleast dia still ingatkan kita kan…



Dulu masa dia hantar Notice of Readiness (NOR), memang dah agak mesti dapat kapal B class tapi dalam hati cakap jangan laaaa….
Tengok2 tak sampai 2 jam, opis call cakap kena sign on minggu depan… kapal B class pulak tu..
Yang dia dah ketaq lutut sebab katanya kapal baru takut ada benda yang tak tau… Study punya study….
Tak apalah sekarang pun dia dah ok atas sana…
Orang yang di darat ni la kena selalu doa semoga dia dan semua crew kapal selamat pergi dan selamat pulang…


AMIN……


Tak sabarnya nak tunggu dia pulang… Kali ni rasa lain la pulekkk… Kuang2….
Kali ni kena balik awal okeh!!!!!

Ok la kawan2… Bye..
Wassalam

p/s : I missssss you sooooo much!!!

** entry kali ni tak gambar pun**

Tuesday 11 October 2011

“MUKA MACHO MAU JAGA” – Ahmad Aiman Hafiz

Salam..hi kengkawan…
Dah lama Nini tak update blog kan..
Entry kali ni Nini saja2 la nak korek rahsia ( opss rahsia ke???) pasal orang2 disekeliling Nini..

Orang pertama yang kena terjah tak lain tak bukan… Ehem…Ehem…
Sapa ntah nama orang kat bawah ni… J

P/s : tiada edit lansung. Ini adalah 100% hasil luahan perasaan empunya gambar dan badan, Cuma tulisan warna biru tu saja hasil komen pemilik blog terhadap luahan empunya badan..huhuhu…




1) sila perkenalkan diri serta background ( keluarga,pendidikan,dll)

- AHMAD AIMAN HAFIZ BIN AHMAD NIZAR
- UMO 24 TAHUN
- ANAK SULONG DARI 7 ADIK BERADIK
-  SKSP
- SMKP
- SMT TARP
- SMT B'WORTH
- ALAM

Tudia…punya banyak sekolah dia tukar…Tukar angin ke cik abang oii??

2) anda kerja sebagai apa?

- KEJA JADI ORANG LAUT BESA LA DAH LUPA DARATAN

3) spesifikasi kerja

- PAYAH NAKBAGI TAU NE... TAPI IBARAT POSMEN DI LAUT FEDEX DI DARAT LA...
 SPECIAL DELIBERI. SEBIJIK MCM POSMEN JAGA MOTO JAGA SURAT... TAPI NE JAGA KAPAI JAGA CARGO... BUAT PENGHANTARAN DGN SELAMAT....





4) pengalaman kerja paling berharga

- PENGALAMAN NE BYK YG XDAK HARGA PUN DA NAK JUAI X BLH..  TAPI BESA LA KLAW NAMA PUN POSMEN X KENA LIGAN ANJING BUKAN POSMEN LA KAN.... NE KENA LIGAN JUGAK TAPI BUKAN ANJING LAUT... KENA LIGAN LANUN... PERGH BERSEPAH2 DIA MAI DGN LAJU JA... BOT DEPA USHA JA KECIK X NMPAK...


5) menyesal tak kerja dgn pekerjaan sekarang

-NYESAL 2 XDAK PLAK LAYAN JA MASA BELAJAQ DL PUN XPIKIAQ PUN NYESAL2 NE.....


6) perasaan tinggal family bila pi kerja

- MESTI LA XBEST.... TAPI WAT BESA LA MUKA MACHO MAU JAGA... XMAU TUNJUK.... XMAU PIKIAQ KANG X JAD REJA.... TP LA DOK SURBEY TGL BINI DGN ANAK PLAK... NNT LA BARU RASA BEST X BEST....

Bajet macho, tough pulak dah.. Tapi dalam hati ada taman letteww!!! Kat hotel menangis banjir dah apa…




Wayang ka tu??

7) kalau tak kerja mcm sekarang,rs nya sekarang kerja apa

- ENTAH LA XPENAH PIKIAQ PUN.... RASA JADI POSMEN PA... XPUN JADI MEKANIK KETA... WAKAKAKA.....

Rasa2 lingkup dak kereta orang yang hantar tu…hohoho…

8) future plan

- KEJA
- KAWIN
- BISNES





9) nasihat untuk org yg menyokong selama ni

- T.Q 4 UR SUPPORT, DATANG LAGI KE KONSERT SAYA.. MACAM ARTIS JA NE...

LOL!!!

Thursday 22 September 2011

Just 3 Words…

Just 3 Words…

I just want to says that……



                              Yesterday I MISSED You




                              Today I MISSING You




                           Tomorrow I will MISS You
                                                    
                                               And..




                                      And I LOVE You…



Wednesday 21 September 2011

Rotterdam Hoii!!!! Sipadan Ai Loike!!!

Salam…  Hai my dearest friends…
Sihat ke? Hopefully everyone in pink of health…
Hmmm… Entry apa ek kali ni… Tak ada idea sangat la…
 Ok la rasa nya nak buat entry pasal tempat impian yang terasa nak pergi..
Erk..Ayat macam pening kan…. Tak apa lah…
Hmmm… Tempat paling Nini teringin nak pergi tu adalah… Jeng jeng jeng….
Sila tengok pixca kat bawah tu…. Hohohoho….

ROTTERDAM!!!!!!!

Cantek kan Rotterdam




City of Rotterdam, Netherland



Teringin nyerrrr….
Tapi dah la kuli je kerjanya, mana ada duit nak pergi obersi so kita bercerita pasal dalam Malaysia sudah…
Yang luar Negara setakat angan2 pun jadik la…hahaha…
Oke kalau dalam Malaysia ni macam teringin nak pergi Pulau Sipadan…
Tengok la pixca kat bawah tu...... Alahai!!!!

Jernih nye air die...




Fuhh…Terbaek… Tengok dia punya persekitaran memang cun habis…
Air nye jernih…. Tempat cantek….Mak ai….
Tapi nak pergi sana pun ada prosedur jugak la.. Limited orang kata…

Cantek kan resort tu.. Terapung-apung..huhuhu





Dapat hanimun nanti kat sana pun best.. Last-last kena kidnap dengan pirate..
Choyyyy betol la mulut… Aduss mintak simpang la kan jadi semua tu….
Memang cantek sangat… Hilang habis stress pergi situ… Bila la boleh menapak kaki ni….
Haissh… Sabar je la… Kerja, simpan duit..Kalau ada rezeki pergi…
Kalau tak dapat, pergi Pulau Indah kat Port Klang pun jadik la…
Hahahahaha…..

Berlari-lari di tepian titi memang best...Cair trus ai..


Ai loike Sipadan!!!


Kalau kawan2 nak pergi mana pulak? Tak kisah la dalam or luar Negara….
OK la nak cau dulu… BYE
Wasalam


Monday 19 September 2011

Workaholic Vs Shopaholic

Salam… hai dearest friends…
Tengah buat hape tue?? Hopefully semua nya sihat2 belaka…

Entry kali ni Nini nak highlight berkenaan dengan kaki kerja dan kaki sopping…

First of all,
Nini BUKANNYA seorang yang kaki sopping… Pelik kan.. Selalunya  orang pompuan ni selau dikaitkan dengan kaki sopping..
But not for me… Nini ni seorang yang malas GILA nak keluar sopping…. Arghh serabut kepala nak pergi mall….
Kekadang kalau semalam dah plan nak sopping,tetiba hujan turun alamatnya CANCEL la.. Alasannya hujan.. Nak salah kan hujan plak kan…

Lagi satu, tahun lepas company Nini ada buat annual dinner dan dapatlah lucky draw voucer JJ RM200… Sampai sekarang tak guna-guna lagi..
Alasan tak guna lagi voucer tu malas nak pergi sopping… Naseb baek la voucer tu tak ada expired date… Kalau tak sure kena paksa diri sopping…

Orang paling bertuah sekali selain family  adalah BOIPREN Nini..hahaha… Yela, tak payah susah nak sesoping dengan Nini..
Dating masuk mall, tengok wayang, makan lepas tu blah balek.. Senang kan… Tak payah nak request apa2 beli tu ini..( mention sikit aku bukan kaki kikis macem orang tettttt, opss tak boleh mention nama orang tu nanti kena saman woooo) ( tapi minggu lepas ada request bunga rose JEK tapi belom dapat lagik..hukhuk..) Tapi terpulang la dia nak sedekah ke kan..kuangkuang… Dapat pahala tau bantu orang yang susah ni..hohohoh….

Kalau pi mall pun tak tau nak sopping apa… ha, beli coklat dengan buah tomato then makan kat rumah.. Tu je selalu Nini pegi beli…Ngek! Baek beli je kat Giant tu kan.. Naseb baek opis Nini dalam mall…. So kalau orang tak tau Nini kerja kat sini, mesti depa2 cop Nini kaki sopping….Hahaha.. Tetiap hari masuk ulang alik dalam mall…


DAN Nini nak kata workaholic pun tak, malas kerja pun tak… Biasa2 saja macam orang lain kerja..
Cuma maybe lebih masa sikit kot dari orang lain.. Sikit je…
Pergi kerja pukol 7.30 pagi balek kerja dalam 8.30 – 9.30 malam… Tapi dulu penah la balek pukol 12 tengah malam…
Tu pun sebab opis pindah so banyak benda pending kena stay back lama la…
Sabtu selalunya pergi opis sat je la…Ahad kadang-kadang pegi, kadang-kadang tak.. Depand pada kerja…

Nak kumpul duit sebenarnya..hahaha..Untuk masa depan..Tapi still tak cukup…Nak kerja kat Penang, tak ada orang nak hire..
Asek dapat area Lembah Klang je.. Kan best kalau dapat area Penang, boleh dating tiap-tiap hari kalau si dia cuti.. Tensen tau…

Nini suka dengan kerja Nini walaupun tak 100% relate dengan kos yang ambik dulu…
Teringin nak sailing tapi tak ada orang pandang pun.. Sebelah mata pun tak sudi.. Hahahaha…

Apa pun tak kesah la.. Janji duit masyuk.. Aku peduli apa kerja balek lewat pun… Cuma kalau dah kawen maybe kurangkan sikit KOT..
KOT KOT je…kahkahkah..

OK la entry kali ni memang panjang berjela.. Mesti korang dah menguap dekat sejuta kali…
Nak chau dulu… Nanti ada orang muntah hijau pulak…

BYE.. WASALM….
Muahhh…muahhh…

Surat Resign..hukhuk

JULIANA BONUS   BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII... ... ... . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju... . Tersangat BAHAYA... ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja  jugak!!!
 
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter    
    pulakk... ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
     TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu... . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
      marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
     HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!  
 
15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh...Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat...Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan......Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ... ... ... ... tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya... ... ..  
 IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG... ... ... ... ...

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Sunday 18 September 2011

Tulun Kasi Lemak Sikit Kat Sayer!!!

Salam...

Haluuuu......Dah lama Nini tak update blog ni..Sorri la sebab blog nini ni memang tak sangat tak cantek...And tak tersusun....
Sorry OKE!!!

Entry kali ni Nini nak mintak pendapat kawan2 macam mana nak kasi badan ni naik sikit...
Alahai Nini oii... Orang lain asek nak kuruskan badan kau ni nak gemok pulak...

Tapi nak buat macam mana kan...
Boipren Nini selalu jugak la komplen awat la gelpren dia ni keding sangat....
Tiap-tiap hari pesan suruh makan nasi..Makan banyak... Sampai la dapat panggilan .....
CINONET!!!!   Hahahahaha.....

Nini pun hairan..Nak cakap tak makan,makan... Tapi kurang sikit la....
Rutin harian memang sangat pack...Dari pagi sampai malam asek kat opis saja....
Lepas balik kerja kalau rasa penat sangat memang malas la nak singgah pegi beli makanan...
Masak lagi la malas...Bukan tak reti oke, cuma PENAT sangat...

So pada kawan2 yang ada tips-tips yang berkesan, sila la share kat Nini...
Nak la jugak rasa chubby.... Kalau time kawen, sang suami rasa sayang lebih kot...

hahahahahaha!!!!  Mengarut betoi...
OKE la... Nini cau dulu ye.. Kita jumpa lain waktu....
Selamat Malam semua....
Wasalam......

Monday 12 September 2011

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Disarung di Jari Manis??

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1.        Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dibengkok ke dalam (lihat gambar)
2.        Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3.        Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan…






4.         Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karana semua manusia mengalami sakit dan mati.  Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5.        Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
6.        sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2.  cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
7.        selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan terasa pelik karena jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Karana jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain





Thumb represent parents
Second finger represent brothers & sisters

Centre finger represent own self

Fourth finger represent your partner

Last finger represent your children



Real love will stick together ever and forever

Monday 25 July 2011

Aku Paranoid Kah???

ASSALAMUALAIKUM…

Hai kawan2.. Kita jumpa lagi… yeehaaa!!!
 Kali ini aku nak menceritakan tentang satu topic yang mungkin semua orang tau iaitu :

PARANOID……


Kawan2 tau tak apa itu paranoid?? OK jom kita google apa sebenarnya maksud paranoid. Adakah tergolong dari orang kurang siuman?? Gila??

Paranoid bukannya tergolong dari orang kurang siuman OK… Actually, paranoid  berpunca daripada rasa takut yang melampau sehingga menyebabkan orang yang menghidapi paranoid berasa dirinya akan ditindas mahupun dianiaya oleh pihak lain berdasarkan kisah silam si penghidap paranoid.

Aku sokong dengan STATEMENT di atas sebab base on my background, aku banyak ditindas oleh kawan2 or orang sekitar tak kira la di sekolah, pejabat or even dalam relationship aku DULU… then bila terjadinya keadaan seakan macam tu, aku mula rasa paranoid.. Rasa takut, rasa KURANG PERCAYA, merendahkan diri dan sebagainya yang kebanyakkan perasaan yang NEGETIF….



aku sedikit paranoid..hehehe


Aku tak la sesuper duper paranoid tapi pada certain keadaan je aku rasa kurang senang especially benda or sesuatu yang aku suka or sayang..

Orang cakap paranoid yang berlebihan akan membawa kemurungan berpanjangan, or the worse orang tu dah tak boleh control diri and kemungkinan akan bunuh diri sendiri…

HMMMM…..

Sekali lagi aku tegaskan disini aku bukan SUPER DUPER PARANOID..hahaha…

Apa pun kawan2…

SAY NO TO PARANOID!!!!

Sebab….

Orang yang bersifat paranoid ni dianggap kurang selesa oleh kawan2 or masyarakat… Tak kan lah kita nak orang disekeliling kita rasa kurang selesa kan…GO AWAY!!!

Ok la cau dulu…

BYE


Saturday 16 July 2011

Aku Bahagia Weehhhh!!!!

Salam…
Fuuhhh…fuhhhhh….Bersawang belog ne ha…Dah berkurun tak hupdate belog….Rasa malas pulak nak hupdate…Maklum la bizi melakukan aktiviti topup kasih sayang…
Muhahahahaha…

Alahai…Tak tau la nak tulis hape kat entry kali ni..BLUR!!!

Haa…Nak share sikit je aktiviti yang sempat “kami” buat…

Last week aku pulang kampong kejap jek..Nak pegi mandi KOLAM!!!
Walaweeiiii….Dah lama tak mandi kolam wehhh….So ecxited la kunun nya…Jumaat malam lepas habis kerja terus pulun balik kampong….hahahaha..EXCITED tak???

Sampai rumah pukol 2 pagi…Perghhh….Badan dah lemah longlai…Tapi sempat gayut lagi sampai pukol 4 pagi…
Tidur la weeiiii…Esok kan dah nak jumpa…

Tetiba pukol 6 pagi terjaga dan tak boleh tidur…Gila ahh….Penangan nak mandi kolam tuhhh….hahahaha…

Dalam pukol 10  dia & adik2 dia sampai rumah saya..Borak kejap dengan mak abah..Then we all terus meneruskan perjalanan ke The Carnival Water Park yang jaaauhhhhhhhhhh sesangat yang mengambil masa 5 minit je dari rumah saya…hahahahaha…Jauh giler kan2…Nak panaskan bontot pun tak sempat la….Kenapalah depa ne buat water park area taman aku…

Sampai je rasa macam nak terjun terus je tapi kena cover bebudak tecik yang ikot ni ada…Matang sikit boleh dak???? Malu la sikit bakal adik ipar tengok..hahahaha..Buwekk!!!! Muntah hijau haku….

Gila ar dapat mandi…Terjun sana..Terjun sini…Lompat sana..Lompat sini…Aku rasa aku macam ikan duyung paling shantek je hari tu..hahahahaha…Muntah hijau lagi…


                                               Alamak…Kita berpecah..hahahaha..Serabut nya aku…Adoii

Aku yang super OVER…Arghhh serabut nyaaaa


Mereka sudah rentung..hahaha..


Sedar tak sedar dari pukol 10 pagi lebih berendam dalam kolam sampai pukol 5 petang lebih…HAPE??? Dah pukol 5 lebih????
Baru teringat muka haku ni dah hangusssssss…..
T_T   Haku dah bertukar jadi orang Nigeria…Ikan duyung hangusssss lagi rentong…TAPI hitam tu kan manissss…..Huahuahua….

Dah habis mandi tak cukup lagi…Lari pegi Village mall pulak tengok wayang…Mula2 nak tengok transformers tapi macam lewat la pulak..Akhirnya tengok la cite Penguin…Hahahaha..Lupa dah tajuk hape…

Balik tu penat yang amat….Esoknya dah nak balik Shah Alam…
Stresss rasa dapat cuti kejap jek….Nak topup kasih sayang pun tak boleh….
TAPI aku bahagia…Heheeheheh…

Daaaaaaaa…………..Salam