klik disini

Tuesday 21 June 2011

8 Bulan Tanpa Dia

Hi uols…Salam..
Buat apa tu? Hopefully kawan2 semua sihat la…

Saja2 je hari ne update blog…Rasa dah lama tak menjenguk blog nih… Dah bersawang agaknya..

Actually saja2 je nak share feeling… rasa rindu yang amat la pada si boipren saya tu.. dah 8 bulan menghilangkan diri pergi kerja..huhu… truly,deeply madly miss him…

Dengar kata MAYBE boleh sign off awal bulan 7 nih tapi ntah la.. tak mengharap pun sebenarnya sebab 2 bulan lepas pun cakap boleh turun, atlast tak turun2 jugak.. tak apa lah…

Si dia cakap suruh prepare awal2… ha??? Nak prepare apanya tapi ada jugak lah plan nak apply cuti tapi tu pun kalau boss approve.. Hmm… ha, saya plan nak cuci kereta toyot saya tu la.. Dah lama gila tak mandikan dia.. Wajib kena cuci takut boss balik dia marah kereta kotor n berhabuk.. Pantang naik kereta saya mesti 1st sekali dia calit jari kat dashboard tengok ada habuk ke tak.. Kalau tak ada, dia still tak puas hati dia ambik spek mata hitam dia trace habuk guna spek tu.. Spek dia boleh trace tau habuk walaupun sekecik kuman..hahahaha..Tak kisah la..


Hmmm…Cuti boleh ke approve nih??? Tak apa lah…Nanti2 boleh jumpa jugak.. Time balik kampong boleh jumpa dia… Rumah kami tak la jauh sangat pun… Yeeehaaaaa!!!!!
Hahahaahhaha….

So akhir next week baru boleh tahu dia boleh balik ke tak…
Alahai, bila la si boipren saya betul2 nak pulang ne.. banyak sangat nih plan kami..

BALIK LA CAYANG!!! ABANG…

^____________^    OK la kawan2…

Bye… Salam

Thursday 9 June 2011

Red Carpet Di KLIA

TODAY, 9hb June 2011...
Dah genap 7 bulan 19 hari Aiman onboard...Arghh...Kenapa lama sangat ne...Orang lain kebanyakkan 6 bulan sudah balik...Kekadang 4-5 bulan opis dah panggil balik...
TAPI dia....
Eiii..Kekadang rasa macam nak cekik saja opis tu...Cepat la cari reliever untuk dia..Please...PLEASE!!!!

Tapi bila dilihat secara logic dan rasional plus positif (kononnya la kan otak aku ne actually nak sedapkan hati jek), semua ne rezeki dari Nya...Kekadang orang lain standby sampai 6-9 bulan tak naik2 lagi...
Thank You Allah engkau turunkan rezeki yang melimpah-limpah untuk dia..

Dalam 7 bulan lebih dia onboard ne banyak event besar yang dia termissed..
Alololo...jangan shedih-shedih ye..Meh I re-cap balik ye...Tak mo shedih..Lap air mata tu..hahahahah..

PERTAMA,
ofcoz la besday aku... 7 Mac lepas..Haish...Dah 24 tahun rupanya tapi muka still baby face..hahahahha..PERASAN la hang ne....Tapi aku tak kisah pun walaupun dia tak ada kat sini..BUT dia still ingat dan tak lupa wish..Masa ne kapal dia tengah drydock dekat Shekou,soo kami boleh koling2..
Bestnya dapat dengar dia nyanyi lagu bestday...hikhik...Suka2 n aso wish dia yang sangat bermakna...Wish via amos pun ada..THANK YOU amos...U R my besh bestie la...Jadi orang perantaraan antara dia dan aku selama ne...i love u sooo much amos..Tak lupa jugak pada semua kawan2 yang ingat besday and sedaya upaya wish dekat FB aso hantar message pun ada..TQ semua...sayang korang..muahhhh..muahhh..muahhh....

Buat lawatan sambil belajar sekolah kat Kuantan Port

KEDUA,
Ofcoz besday dia..15 May lepas...Yeye kami dah sama umur..Dua bulan lepas time besday aku umur dia 23++ tapi aku 24...Tapi sekarang dah setaraf dengan dia..hehehe...
Aku tak tau la atas tu dia celebrate ke tak besday dia tu...Rasanya tak kot..Mesti tak ada masa untuk diri sendiri...Kesiannya..tapi nak buat macam mana..Dah memang tanggungjawab so kena buat la....
Aku ofcoz memang wish la..Satu kat email amos..Kedua dekat FB dia ( tapi aku bukan orang pertama wish tapi kedua,hukhuk) aso hantar message walaupun aku tau line tak dapat atleast bila line ada,message tu masuk..

KETIGA,
Event family dia..Adik perempuan dia tunang...Baru je minggu lepas...Haishh...Lagi sedih..Yela ingatkan dia boleh balik bulan 4 lepas, so memang sempatla tengok..Tuptup, sampai sekarang hampeh..Batang hidung pun tak nampak.. Still lagi ingat dia selalu cakap " apa2 pun tunggu abang turun kapal dulu"....(ayat kononya org paling penting didunia)
Jeng..jeng..jeng...Tak turun-turun pun sampai sekarang...
So, majlis dah selamat pun...Jangan sedih ye abg syg...Gambar still ada..Boleh la usha gambar depa tunang tu..
CONGRATES lin dan awi...Semoga cepat menjadi kekasih halal ye..

KEEMPAT...KELIMA..BLA BLA BLA,
Tak tau event apa lagi..Tapi maybe tak kot sebab dia dah nak pulang..( yela kot...)..YEYE dah nak pulang...
Nanti boleh mandi kolam & mandi air terjun...
YEYE!!!!!!

Dulu aku penah janji bila dia balik after 8 bulan onboard,aku nak hampar kapet merah masa dia sign off nanti..ALAMAK!!!! dah nak cukup 8 bulan..Hikhik....Harap2 dia lupa la...Mana boleh dia cat walk kat KLIA...

Ok la..banyak gila potpet2 ne...
Penat sudah...nanti kita sambung lagi yek...









 

Wednesday 1 June 2011

KIsah Menyayat Hati: Jalan-Jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang


AWAS! “Love Bite” Boleh Sebabkan Serangan Jantung/Strok

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
 
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.




Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
 
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.