klik disini

Wednesday 21 December 2011

Hanya Yang Mengalami Akan Memahami

Hanya Yang Mengalami Akan Memahami

Salam… hello… Hi kawan2….
Apa khabar.. Harap semua baik2 belaka..

Agak lama blog Nini menyepi…
Tak ada idea nak diceritakan… Tapi hari ni terasa jari ni nak menari-nari atas keyboard nak share satu benda…
Jeng jeng jeng… hehe…

Berbalik pada tajuk entry kali ni, hanya orang yang pernah mengalami situasi seperti Nini akan memahami perasaan Nini ne…

Kekadang Nini akan post status yang mungkin bagi sesetengah orang lain mengjengkilkan la, poyo la… Tapi bagi sesetengah yang mengalami, mereka akan faham…


Contohnya :
 Situasi pertama

FB: Yeay!!!! Text message delivered!!!!  Suka sangat

Maybe dalam hati orang lain cakap “ eleh, message delivered pun nak kecoh, hepi..Macam tak pernah hantar n delivered”

Ye, memang happy sangat bila text message delivered. Nak tau kenapa??
Sebab kami jarang ber’message’….Kekadang dalam sebulan tu tak dapat network coverage lansung… apa yang kita hantar semuanya akan pending… Tapi once text message delivered, kami tau dia dah selamat sampai destinasi… Rasa lega sangat… nak message pun mahal..RM2/msg… Kalau dapat satu pun cukup lega hati ni…



Situasi kedua

FB: Alaaaaaa…..missed call… Huwaaaaaa!!! T_T sedih sangat2 tak dapat angkat call dari si dia

Korang mesti cakap “ poyo betul la dia ni.. tak angkat call pun nak sedih2 nangis2… Macam la tak boleh dengar suara dah”

Ye, memang sedih sangat2 kalau terlepas angkat call.. Terasa macam nak putar balik masa tu… Seperti yang Nini cakapkan tadi, kami jarang ber’message’ dan jarang caling2… Sedih tu Allah saja yang tau.. Setia tunggu kot2 si dia call lagi.. Bawa handphone pergi mana2.. Dalam toilet pun sanggup bawa…. Kalau si dia tak call balik, seminggu tu rasa macam menyesal sangat kenapa la tinggal handphone jauh2.. L



Situasi ketiga

FB : Received a call from +3221473875001… Happy sangat walaupun hanya 10 minit bercakap.. Terubat dihati ni..

Kadang2 mesti korang cakap “ orang lain dapat jugak call dari boyfriend/tunang/hubby, tapi tak la kecoh sampai macam ni… Saja la tu nak tunjuk-tunjuk”

Ye, memang happy sangat dapat dengar suara si dia.. Bayangkan 2 minggu or kadang2 sampai sebulan dua bulan, tiga bulan tak dengar lansung… rasa excited tu wajib ada..
Taktala telefon berdering dan naik no telefon lain dari yang lain rasa macam nak melompat-lompat saja… nak tekan button answer jari dah terketar-ketar…
Tambah la lagi nak jawab suara ni dah tergagap-gagap tak tau nak cakap apa.. Terasa sangat la surprise!!!! Cakap macam orang gila.. Tersenyum lebar sampai ke telinga… Indahnya dunia waktu tu..



Situasi ke empat

FB: Tak sabarnya nak pergi airport.. Nak jemput orang tersayang.. Nak pakai baju apa eh.. Nervous sangat2!!!

Korang maybe akan cakap “ apa la.. nak pergi, pergi je la… Nak nervous2 kenapa pulak.. Bukannya apa pun..”

Korang semua mungkin tak tau, masa macam ni dinantikan setelah berbulan-bulan setia menunggu si dia pulang…
Perasaan super excited, super happy, super nervous semuanya bercampur aduk.. ofcourse kita nak kelihatan cantik dan berseri masa jumpa tu..
Dalam pikiran asyik bimbang je kot2 la ada benda yang serba tak kena.. Dulu Nini ingat lagi masa pergi jemput dia kat airport, perasaan nervous tu memang sangat2 la tinggi..
Setengah jam before flight arrive, setiap 5 minit masuk toilet. Tengok baju ok ke tak.. Make up comot ke tak.. kekadang bila tak ada orang dalam toilet, berlatih senyum depan cermin toilet.. hahaha.. Memamg kelakar kan waktu tu..
Bila dia call cakap dah turn dari flight, tunggu kat mana2 hati ni dah gelabah yang teramat sangat… Duduk kat sofa macam tak senang duduk..Ke kira, ke kanan… Pokok tepi sofa tu jadi mangsa.. Ditarik-tarik daun tu.. Tak pandang belakang lansung.. Cuma pandang pintu ketibaan je.. straight and focus!!!
Bila dah Nampak kelibat dia dari jauh, hati dupdap2 kencang sangat… Dari jauh dah Nampak dia senyum..Tapi Nini jual mahal..Tak nak senyum.. Rasa malu sangat.. Blushing pipi ni…
Masuk dalam kereta, masing2 diam… Tak tau nak cakap apa.. Speechless… apa yang ada dalam kepala otak ni semua nya hilang… Banyak cerita yang nak diceritakan dah tak ada..
Dalam hati Cuma nak cakap “ long time no see.. Happy sangat u dah balik.. I miss you sooo much”

# touching sangat waktu ni
Bye dear friends…
wasalam


Monday 5 December 2011

Bon Voyage MT Bunga Begonia

Bon Voyage MT Bunga Begonia

Salam…
Fuhhh…fuhhhhh….bersawang blog Nini ni….
Dah lama sangat tak hapdet… Kekadang rasa malas sangat n kekadang agak bizi…
Bizi kerrrrrr??????????? Huhuhu….

Bila dah baca entry pun mayb kawan dah tau nak cerita pasal apa…
Mesti korang dah terbayang n terfikir mesti boyfriend si Nini ni dah sailing…

YES!! Memang dah sailed pun…Rasa dekat 2 minggu pun..

Haisshhhh….. Baru 2 minggu.. Macam mana nak tunggu sampai 6-8 bulan ni???

Kali ni boyfriend Nini naik kapal B class… MT Bunga Begonia…
So bila cakap pasal kapal B class, sesiapa yang boyfriend,tunang hubby or seafarer sendiri yang kerja dengan MISC chemical fleet mesti tau route kapal ni pergi mana..
OFKOS la jauhhhhhhhh…. T_T



Previous vessel naik A class so route kapal tak la jauh sangat… Setakat Far East – Middle East je… Tak masuk Europe or USA pun..
Tapi kapal kali ni jalan jauh… Pusing USA and maybe masuk area Brazil, Argentina or Korea kot…. Ntah la biar la kapal tu nak jalan mana pun..Sobsob..



Bila jalan jauh,ofkos la nak dapat network coverage pun sangat la lama kan… Sebulan baru Nampak darat.. tu pun maybe line sempuuttt je…
Sabar je la…
Nak harapkan dia selalu reply text pun macam tak syok sebab mahal.. Sekali hantar dah RM2… so, kalau dia buat miscalled pun cukup terubat hati ni..
Hahaha.. Jiwang sungguh… Tapi betul la.. walaupun dapat misscalled je pun rasa puas sangat.. atleast dia still ingatkan kita kan…



Dulu masa dia hantar Notice of Readiness (NOR), memang dah agak mesti dapat kapal B class tapi dalam hati cakap jangan laaaa….
Tengok2 tak sampai 2 jam, opis call cakap kena sign on minggu depan… kapal B class pulak tu..
Yang dia dah ketaq lutut sebab katanya kapal baru takut ada benda yang tak tau… Study punya study….
Tak apalah sekarang pun dia dah ok atas sana…
Orang yang di darat ni la kena selalu doa semoga dia dan semua crew kapal selamat pergi dan selamat pulang…


AMIN……


Tak sabarnya nak tunggu dia pulang… Kali ni rasa lain la pulekkk… Kuang2….
Kali ni kena balik awal okeh!!!!!

Ok la kawan2… Bye..
Wassalam

p/s : I missssss you sooooo much!!!

** entry kali ni tak gambar pun**