klik disini

Monday, 25 July 2011

Aku Paranoid Kah???

ASSALAMUALAIKUM…

Hai kawan2.. Kita jumpa lagi… yeehaaa!!!
 Kali ini aku nak menceritakan tentang satu topic yang mungkin semua orang tau iaitu :

PARANOID……


Kawan2 tau tak apa itu paranoid?? OK jom kita google apa sebenarnya maksud paranoid. Adakah tergolong dari orang kurang siuman?? Gila??

Paranoid bukannya tergolong dari orang kurang siuman OK… Actually, paranoid  berpunca daripada rasa takut yang melampau sehingga menyebabkan orang yang menghidapi paranoid berasa dirinya akan ditindas mahupun dianiaya oleh pihak lain berdasarkan kisah silam si penghidap paranoid.

Aku sokong dengan STATEMENT di atas sebab base on my background, aku banyak ditindas oleh kawan2 or orang sekitar tak kira la di sekolah, pejabat or even dalam relationship aku DULU… then bila terjadinya keadaan seakan macam tu, aku mula rasa paranoid.. Rasa takut, rasa KURANG PERCAYA, merendahkan diri dan sebagainya yang kebanyakkan perasaan yang NEGETIF….



aku sedikit paranoid..hehehe


Aku tak la sesuper duper paranoid tapi pada certain keadaan je aku rasa kurang senang especially benda or sesuatu yang aku suka or sayang..

Orang cakap paranoid yang berlebihan akan membawa kemurungan berpanjangan, or the worse orang tu dah tak boleh control diri and kemungkinan akan bunuh diri sendiri…

HMMMM…..

Sekali lagi aku tegaskan disini aku bukan SUPER DUPER PARANOID..hahaha…

Apa pun kawan2…

SAY NO TO PARANOID!!!!

Sebab….

Orang yang bersifat paranoid ni dianggap kurang selesa oleh kawan2 or masyarakat… Tak kan lah kita nak orang disekeliling kita rasa kurang selesa kan…GO AWAY!!!

Ok la cau dulu…

BYE


Saturday, 16 July 2011

Aku Bahagia Weehhhh!!!!

Salam…
Fuuhhh…fuhhhhh….Bersawang belog ne ha…Dah berkurun tak hupdate belog….Rasa malas pulak nak hupdate…Maklum la bizi melakukan aktiviti topup kasih sayang…
Muhahahahaha…

Alahai…Tak tau la nak tulis hape kat entry kali ni..BLUR!!!

Haa…Nak share sikit je aktiviti yang sempat “kami” buat…

Last week aku pulang kampong kejap jek..Nak pegi mandi KOLAM!!!
Walaweeiiii….Dah lama tak mandi kolam wehhh….So ecxited la kunun nya…Jumaat malam lepas habis kerja terus pulun balik kampong….hahahaha..EXCITED tak???

Sampai rumah pukol 2 pagi…Perghhh….Badan dah lemah longlai…Tapi sempat gayut lagi sampai pukol 4 pagi…
Tidur la weeiiii…Esok kan dah nak jumpa…

Tetiba pukol 6 pagi terjaga dan tak boleh tidur…Gila ahh….Penangan nak mandi kolam tuhhh….hahahaha…

Dalam pukol 10  dia & adik2 dia sampai rumah saya..Borak kejap dengan mak abah..Then we all terus meneruskan perjalanan ke The Carnival Water Park yang jaaauhhhhhhhhhh sesangat yang mengambil masa 5 minit je dari rumah saya…hahahahaha…Jauh giler kan2…Nak panaskan bontot pun tak sempat la….Kenapalah depa ne buat water park area taman aku…

Sampai je rasa macam nak terjun terus je tapi kena cover bebudak tecik yang ikot ni ada…Matang sikit boleh dak???? Malu la sikit bakal adik ipar tengok..hahahaha..Buwekk!!!! Muntah hijau haku….

Gila ar dapat mandi…Terjun sana..Terjun sini…Lompat sana..Lompat sini…Aku rasa aku macam ikan duyung paling shantek je hari tu..hahahahaha…Muntah hijau lagi…


                                               Alamak…Kita berpecah..hahahaha..Serabut nya aku…Adoii

Aku yang super OVER…Arghhh serabut nyaaaa


Mereka sudah rentung..hahaha..


Sedar tak sedar dari pukol 10 pagi lebih berendam dalam kolam sampai pukol 5 petang lebih…HAPE??? Dah pukol 5 lebih????
Baru teringat muka haku ni dah hangusssssss…..
T_T   Haku dah bertukar jadi orang Nigeria…Ikan duyung hangusssss lagi rentong…TAPI hitam tu kan manissss…..Huahuahua….

Dah habis mandi tak cukup lagi…Lari pegi Village mall pulak tengok wayang…Mula2 nak tengok transformers tapi macam lewat la pulak..Akhirnya tengok la cite Penguin…Hahahaha..Lupa dah tajuk hape…

Balik tu penat yang amat….Esoknya dah nak balik Shah Alam…
Stresss rasa dapat cuti kejap jek….Nak topup kasih sayang pun tak boleh….
TAPI aku bahagia…Heheeheheh…

Daaaaaaaa…………..Salam



Tuesday, 21 June 2011

8 Bulan Tanpa Dia

Hi uols…Salam..
Buat apa tu? Hopefully kawan2 semua sihat la…

Saja2 je hari ne update blog…Rasa dah lama tak menjenguk blog nih… Dah bersawang agaknya..

Actually saja2 je nak share feeling… rasa rindu yang amat la pada si boipren saya tu.. dah 8 bulan menghilangkan diri pergi kerja..huhu… truly,deeply madly miss him…

Dengar kata MAYBE boleh sign off awal bulan 7 nih tapi ntah la.. tak mengharap pun sebenarnya sebab 2 bulan lepas pun cakap boleh turun, atlast tak turun2 jugak.. tak apa lah…

Si dia cakap suruh prepare awal2… ha??? Nak prepare apanya tapi ada jugak lah plan nak apply cuti tapi tu pun kalau boss approve.. Hmm… ha, saya plan nak cuci kereta toyot saya tu la.. Dah lama gila tak mandikan dia.. Wajib kena cuci takut boss balik dia marah kereta kotor n berhabuk.. Pantang naik kereta saya mesti 1st sekali dia calit jari kat dashboard tengok ada habuk ke tak.. Kalau tak ada, dia still tak puas hati dia ambik spek mata hitam dia trace habuk guna spek tu.. Spek dia boleh trace tau habuk walaupun sekecik kuman..hahahaha..Tak kisah la..


Hmmm…Cuti boleh ke approve nih??? Tak apa lah…Nanti2 boleh jumpa jugak.. Time balik kampong boleh jumpa dia… Rumah kami tak la jauh sangat pun… Yeeehaaaaa!!!!!
Hahahaahhaha….

So akhir next week baru boleh tahu dia boleh balik ke tak…
Alahai, bila la si boipren saya betul2 nak pulang ne.. banyak sangat nih plan kami..

BALIK LA CAYANG!!! ABANG…

^____________^    OK la kawan2…

Bye… Salam

Thursday, 9 June 2011

Red Carpet Di KLIA

TODAY, 9hb June 2011...
Dah genap 7 bulan 19 hari Aiman onboard...Arghh...Kenapa lama sangat ne...Orang lain kebanyakkan 6 bulan sudah balik...Kekadang 4-5 bulan opis dah panggil balik...
TAPI dia....
Eiii..Kekadang rasa macam nak cekik saja opis tu...Cepat la cari reliever untuk dia..Please...PLEASE!!!!

Tapi bila dilihat secara logic dan rasional plus positif (kononnya la kan otak aku ne actually nak sedapkan hati jek), semua ne rezeki dari Nya...Kekadang orang lain standby sampai 6-9 bulan tak naik2 lagi...
Thank You Allah engkau turunkan rezeki yang melimpah-limpah untuk dia..

Dalam 7 bulan lebih dia onboard ne banyak event besar yang dia termissed..
Alololo...jangan shedih-shedih ye..Meh I re-cap balik ye...Tak mo shedih..Lap air mata tu..hahahahah..

PERTAMA,
ofcoz la besday aku... 7 Mac lepas..Haish...Dah 24 tahun rupanya tapi muka still baby face..hahahahha..PERASAN la hang ne....Tapi aku tak kisah pun walaupun dia tak ada kat sini..BUT dia still ingat dan tak lupa wish..Masa ne kapal dia tengah drydock dekat Shekou,soo kami boleh koling2..
Bestnya dapat dengar dia nyanyi lagu bestday...hikhik...Suka2 n aso wish dia yang sangat bermakna...Wish via amos pun ada..THANK YOU amos...U R my besh bestie la...Jadi orang perantaraan antara dia dan aku selama ne...i love u sooo much amos..Tak lupa jugak pada semua kawan2 yang ingat besday and sedaya upaya wish dekat FB aso hantar message pun ada..TQ semua...sayang korang..muahhhh..muahhh..muahhh....

Buat lawatan sambil belajar sekolah kat Kuantan Port

KEDUA,
Ofcoz besday dia..15 May lepas...Yeye kami dah sama umur..Dua bulan lepas time besday aku umur dia 23++ tapi aku 24...Tapi sekarang dah setaraf dengan dia..hehehe...
Aku tak tau la atas tu dia celebrate ke tak besday dia tu...Rasanya tak kot..Mesti tak ada masa untuk diri sendiri...Kesiannya..tapi nak buat macam mana..Dah memang tanggungjawab so kena buat la....
Aku ofcoz memang wish la..Satu kat email amos..Kedua dekat FB dia ( tapi aku bukan orang pertama wish tapi kedua,hukhuk) aso hantar message walaupun aku tau line tak dapat atleast bila line ada,message tu masuk..

KETIGA,
Event family dia..Adik perempuan dia tunang...Baru je minggu lepas...Haishh...Lagi sedih..Yela ingatkan dia boleh balik bulan 4 lepas, so memang sempatla tengok..Tuptup, sampai sekarang hampeh..Batang hidung pun tak nampak.. Still lagi ingat dia selalu cakap " apa2 pun tunggu abang turun kapal dulu"....(ayat kononya org paling penting didunia)
Jeng..jeng..jeng...Tak turun-turun pun sampai sekarang...
So, majlis dah selamat pun...Jangan sedih ye abg syg...Gambar still ada..Boleh la usha gambar depa tunang tu..
CONGRATES lin dan awi...Semoga cepat menjadi kekasih halal ye..

KEEMPAT...KELIMA..BLA BLA BLA,
Tak tau event apa lagi..Tapi maybe tak kot sebab dia dah nak pulang..( yela kot...)..YEYE dah nak pulang...
Nanti boleh mandi kolam & mandi air terjun...
YEYE!!!!!!

Dulu aku penah janji bila dia balik after 8 bulan onboard,aku nak hampar kapet merah masa dia sign off nanti..ALAMAK!!!! dah nak cukup 8 bulan..Hikhik....Harap2 dia lupa la...Mana boleh dia cat walk kat KLIA...

Ok la..banyak gila potpet2 ne...
Penat sudah...nanti kita sambung lagi yek...









 

Wednesday, 1 June 2011

KIsah Menyayat Hati: Jalan-Jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang


AWAS! “Love Bite” Boleh Sebabkan Serangan Jantung/Strok

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
 
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.




Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
 
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Tuesday, 31 May 2011

KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."  Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"  Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..... WALAU SEBESAR MANA PUN  KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.....

p/s : copy-paste-from email berantai