klik disini

Sunday 22 May 2011

Surat Cinta Buat Bakal Suamiku

Assalamualaikum..apa khabar buat calon suamiku. Semoga Allah sentiasa
merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak
pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya

Rasulullah SAW pernah bersabda: Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah,..


Wahai calon suamiku,

Dinikahi seorang wanita karana empat perkara, kerana hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamannya, maka
beruntunglah kedua tanganmu..


Wahai calon suamiku,

Jika harta yang engkau idamkan, maka ketahuilah diriku bukanlah orang yang
berada. Tiada harta yang dapat kupersembahkan dalam ijab-kabul kita nanti.
Tiada harta sebagai jaminan bahwa engkau akan menikmati sedikit kesenangan
apabila ijab-kabul telah dilafazkan.


Jika keturunan yang engkau dambakan, ketahuilah bahawa aku hanyalah manusia
biasa dari keluarga yang biasa pula. Namun apa yang pasti. Aku adalah
keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bunda Siti Hawa as,
sama seperti mu.


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa
engkau juga tidak terlepas seperti manusia yang lainnya. Ketahuilah wahai
calon suamiku, jika kecantikan itu yang engkau inginkan dari diriku, maka
engkau telah salah langkah.


Dan aku tidak dapat menjanjikan, bahawa aku mampu membahagiakan rumahtangga
kita nantinya, karena aku memerlukan engkau untuk bersamaku untuk menegakkan
kasih yang dibina ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk
membangunkan sebuah masjid yang tersergam indah untuk kita kelak.

Mencari ilmu agama secara bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini
sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu
agama, tetapi berbekal ilmu agama yang ada ini, aku ingin menjadi isteri
yang sentiasa mendapat keridhaan dari Allah dan suamiku.




Hal itu tak lain untuk memudahkan aku membentuk rumah tangga  antara
aku, engkau dan anak-anak kita nantinya untuk dibina dan diberikan
pendidikan yang secukupnya. Aku pun hanya akan bercita-cita
untuk bisa bergelar pendamping solehah bagi sang suami, seperti yang
dijanjikan Rasulullah SAW.


Calon Suamiku,

Aku yakin bahawa engkau adalah pemimpin untuk diriku dan anak-anakku sebagai
pewaris. Maka, jadikanlah pernikahan ini nantinya sebagai asas
pembangunan iman, bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan
ikatan pernikahan sebagai hawa nafsu semata.

Semoga diriku dan dirimu sentiasa didampingi rahmat dan keredhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan nilai kesabaran, dan ketabahan.
.

Ketahuilah wahai calon suamiku, bahawa aku tidak pernah mendambakan mas
kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita
dipertemukan

Bantulah aku dalam memperjuangkan kehidupan ini melalui pernikahan,
kerana ia adalah tempat untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku,
insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang
sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada harta duniawi yang ingin kau
sediakan untukku.
.

Wahai calon suamiku,

Lihatlah rumahtangga Rasulullah SAW, terkadang sebulan pernah dapurnya tidak
berasap karana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Namun, walau
begitu susahnya, rumahtangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumahtangga yang
paling bahagia, yang tidak ada bandingnya hingga hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan surat ini. Cukup dahulu aku buat
surat ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman
bertintakan hati ini. Akhirnya, saya mohon maaf, biarlah rindu ini
ditumpahkan dalam tinta daripada jemu tatkala kita disatukan.

2 comments:

Hati Tisu said...

tersentuh ! ...

Riez said...

minta izin share